Friday, January 31, 2014

PELAKSANAAN SISTEM MERIT DEMERIT

Untuk makluman semua ibu bapa dan pelajar bahawa SMA al-Hasanah akan melaksanakan sistem Merit Demerit sepenuhnya pada tahun 2014 bermula pada bulan Februari.

Memandangkan disiplin merupakan salah satu ciri utama untuk menentukan kelicinan perjalanan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah, maka Sistem poin Merit / Demerit dilaksanakan seperti berikut :-

1. Di awal tahun pelajar di anggap suci dan diberi 100 poin.
2. Kemudian setiap perlakuan pelajar diberi dua penilaian.
    (a) Perlakuan positif - Disiplin diri yang tinggi serta khidmat dan jasa pelajar kepada sekolah /              masyarakat.
   (b) Perlakuan negatif - Tindakan yang menyalahi peraturan hidup manusia dan peraturan sekolah         / masyarakat.
3. Senarai poin yang diberikan bagi setiap perlakuan positif dan negative telah ditetapkan untuk panduan guru dan pelajar.
4. Tindakan akan di ambil mengikut JUMLAH POIN yang dicapai oleh pelajar tetapi tindakan keras juga boleh diambil terhadap pelajar yang melakukan sebarang kesalahan berat.
Pelaksanaan sistem ini diharap akan mengurangkan kadar salah laku dalam kalangan pelajar di samping meningkatkan sikap positif mereka. 

SISTEM POIN MERIT  ( PERLAKUAN POSITIF )

1.   Kelakuan
POIN MERIT
      a)   Kehadiran 100 % tanpa datang lewat   ( bagi setiap bulan )
      b)   Amanah / bertanggungjawab terhadap segala tugas (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)
      c)   Kebersihan diri (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)
      d)  Kecekapan dan ketepatan kerja (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)
      e)  Bekerjasama dan sedia menolong (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)
      f)   Berbudi bahasa (Nilaikan satu kali sahaja bagi setiap bulan)
      e)  Nilai murni yang lain
      g)  Kehadiran ibu bapa di Mesyuarat  Agung PIBG
+5
+3

+2
+3
+3
+3
+3
+3
2.   Pencapaian Akademik
      a)  Peperiksaan ( Pertengahan Tahun, Khas,Percubaan, Akhir Tahun, dan PMR)
            A+     bagi setiap mata pelajaran
            A       bagi setiap mata pelajaran
   A-        Bagi setiap mata pelajaran
           ( Poin PMR dimasukkan di Ting 4)

          Bagi pelajar Menengah rendah:
           A        bagi setiap mata pelajaran
           B        bagi setiap mata pelajaran
     b)  Lulus peperiksaan setelah mencapai  kehadiran 100% di kelas pemulihan
     c)  Pelajar lemah yang mencapai kemajuan yang baik


            +5
            +3
            +2



            +5
            +3
            +3
            +3
   



SISTEM POIN DEMERIT ( PERLAKUAN NEGATIF )
TAJUK
KESALAHAN

POIN DEMERIT
        HAL DIRI
Rambut panjang / tidak kemas

-3
Pakaian (melanggar  setiap peraturan pakaian)

-3
Kuku panjang / kotor

-3
KEDATANGAN
Lewat

-3
Ponteng kegiatan sukan / kokurikulum (setiap kali)

-3
Ponteng kelas (setiap mata pelajaran)

-3
Ponteng sekolah
(tidak hadir tanpa surat doktor / kebenaran – setiap hari)

-5
Ponteng peperiksaan / ujian (setiap hari)

-5
KERJA PELAJAR
Lambat menghantar buku / projek / kertas kerja

-3
Tidak membuat latihan / membawa buku

-3
Tidak bertugas

--3
       KELAKUAN
Bising / ketawa tanpa sebab / menjerit

-3
Biadap kepada pelajar / ketua / guru

-3 / -5 /-15
Meludah / membuang sampah merata-rata

-5
Bahasa lucah

-10
Tukar tempat / berjalan-jalan

-5
SALAHLAKU SERIUS
Bertumbuk / bergaduh

-15
Membeli, menyimpan, menghisap rokok

-10
Mencuri / menipu / berjudi

-10
Merosakkan harta sekolah / kerajaan

-15
Mengambil minuman keras / dadah

-20
Menghasut kekacauan

-20
Membawa senjata bahaya

-20
Memeras ugut

-20
Menjadi ahli kumpulan haram

-20
Mengancam guru (panggil polis dan terus dibuang sekolah)

-30
Memukul guru (panggil polis dan terus dibuang sekolah)

-40
       LAIN-LAIN
       KESALAHAN

Untuk lain-lain kesalahan guru memberikan poin demerit
Mengikut keberatan kesalahan (setelah dirujuk kepada
Lembaga Disiplin)
Paling serius
-20
Sangat serius
-15
Serius
-10
Agak serius
-5
Setiap dua bulan sekali, pengumpulan merit poin dan demerit poin pelajar akan di pamerkan di kelas masing-masing.

Pelajar yang memperolehi merit poin melebihi 200 tanpa ada demerit poin akan diberikan SIJIL PENGHARGAAN SAHSIAH TERPUJI